Karnival Shopping Raya - Raya Bersama Che Salmah
Karnival Shopping Raya iaitu Raya Bersama Che Salmah yang berlangsung pada 30 April - 2 Mei 2021 sesuai untuk seisi keluarga yang datang membeli belah di karnival ini. Dibawakan khas oleh Bigo Live Malaysia selaku penaja utama karnival ini, Bigo Live merupakan syarikat media global yang kini mendului dalam aplikasi penyiaran langsung seiring dengan servis media sosial yang kompetitif di samping membawa anggota ke arah pembuatan content kreatif. Dengan kata lain, syarikat tersebut berusaha menolong golongan ahli komuniti tempatan "to connect, give back and create". Bigo Live juga berkongsi akan misi utama mereka untuk terus menghubungkan pengguna di seluruh dunia melalui perkongsian detik-detik kegembiraan. Dengan gabungan dan sokongan dari pihak Universiti Kuala Lumpur (UniKL), SugarBomb, World Trade Centre Kuala Lumpur (WTC KL), Suria Records (SRC), Al-ikhsan serta rakan-rakan selebriti & usahawan maka karnival yang di rancang dalam masa yang singkat ini berjaya dilaksan...