Kementerian Wilayah Persekutuan Perkukuh Jalinan Kerjasama Strategik Dengan Pengamal Media

 


Tan Sri Tpr. Annuar Hj Musa 

Kuala Lumpur, 4 Mei 2021 - Kerjasama strategik antara Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) dan pihak media terus diperkukuh bagi memastikan maklumat sampai dengan tepat dan efektif terus kepada kumpulan sasar. Ini termasuk hebahan mengenai program dan inisiatif KWP dan agensi bagi membantu mengurangkan beban rakyat ketika negara sedang berdepan dengan cabaran penularan pandemik COVID-19.

Cabaran ini merangkumi aspek sosial dan ekonomi termasuk kemiskinan, kesempitan hidup, akses yang terhad dalam bidang pendidikan, kesihatan dan peluang pekerjaan bagi golongan B40, miskin bandar dan asnaf di Wilayah Persekutuan. Golongan ini tidak dapat memenuhi keperluan asas seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal.

Justeru, mereka ini perlu dibantu dengan pelbagai jenis kemudahan dan bantuan selain perancangan khusus agar mereka tidak ketinggalan. Pelbagai bantuan dan inisiatif yang telah dan akan KWP terus laksanakan bagi menbantu golongan ini merncerminkan keprihatinan kerajaan usaha membantu mereka meneruskan kehidupan dalam situasi mencabar ini.

Inisiatif berbentuk bantuan diteruskan lagi pada bulan Ramadan menerusi Prihatin Ramadan yang dianjurkan oleh Kementerian. Prihatin Ramadan ini diadakan bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan golongan sasar, mengimarahkan amalah bersedekah melalui pemberian sumbangan kepada golongan yang mememerlukan dan membina kesedaran masyarakat untuk lebih cakna dan prihatin membantu golongan kurang berkemampuan.

Tan Sri Tpr. Annuar Hj Musa juga ingin menzahirkam penghargaan kepada Kumpulan Media Prima melalui Tabung Kemanusiaan Media Prima NSTP yang menjadi rakan strategik program Prihatin Ramadan pada tahun ini. Diharap melalui program Prihatin Ramadan ini, pihak media dapat menguar-uarkan kepada orang ramai termasuk institusi korporat dan badan-badan bukan kerajaan (NGO's) untuk sama-sama menyumbang apa jua bentuk bantuan kepada golongan B40 di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan,

Keprihatinan Kementerian tidak akan terhenti dan bertekad untuk terus membantu warga Wilayah Persekutuan demi memastikan kesejahteraan rakyat, kelangsungan perniagaan dan ketahanan ekonomi di bawah payung 'Wilayah Persekutuan Wilayah Prihatin'.

Comments

Popular posts from this blog

PUMM Marks 30 Years of Entrepreneurial Excellence with Deputy Prime Minister's Applause

GALAXY MACAU’S MALAYSIAN FOOD FESTIVAL RETURNS WITH A GRAND OPENING CEREMONY

SEKIN FISHERMAN VILLAGE HOTEL & RESORT SEKINCHAN SELANGOR